Wednesday 27 November 2013

Salam perkenalan

Teks : Noraini Maulan

Assalamualaikum

Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga saya mempunyai sebuah blog.Terlampau cetek rupanya ilmu IT yang saya ada.Tetapi akhirnya saya di ketemukan dengan tenaga pengajar yang saya yakin mampu membimbing saya walaupun pada mulanya mengambil masa yang agak lama atas sebab - sebab yang tertentu.

Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.Nama saya Noraini Maulan.Berasal dari ipoh perak.Saya merupakan seorang isteri kepada suami yang bekerja sebagai juruukur dimana sentiasa berada diluar daerah dan mama kepada tiga orang cahayamata yang sentiasa menjadikan kehidupan saya berwarna warni setiap hari.Fahmi , Farah dan Faris....itulah buah hati saya yang berusia 6, 5 dan satu tahun.Mereka inilah jiwa dan nyawa saya setiap hari .Dan kerana mereka inilah, saya telah membuat satu keputusan yang sangat berat untuk saya lakukan....Menjadi surirumah sepenuh masa....

Enam bulan yang lepas , ramai yang mengatakan saya bodoh.Meninggalkan pekerjaan yang cukup dibanggakan sebagai pegawai bank  yang berpendapatan hampir 4 ribu sebulan.Hampir sembilan tahun bekerja dalam industri perbankan cukup mematangkan saya.Menghabiskan masa lebih kurang 12 jam dipejabat merupakan rutin harian saya setiap hari. Tetapi setelah berkahwin dan mempunyai cahayamata hati saya sering meronta-ronta.Perasaan simpati terhadap suami dan anak-anak yang sering dibiarkan membuatkan hati saya kecewa.Sampai bila saya harus membiarkan anak-anak saya membesar di taska.Dan akhirnya satu hari saya tersentak dengan permintaan anak sulung saya Fahmi.
"Mama, hari ni boleh tak mama ambil abang awal ? Hari hari asyik abang dan adik je yang balik lambat."
Terdiam saya sebentar.Rupanya selama ini mereka memendam rasa rupanya.Iyelah dari pukul 8 pagi hingga 8 malam duduk ditaska.Dan akhirnya setelah berbincang dengan suami satu keputusan drastik telah pun diambil.Berhenti kerja...

Rupanya keputusan saya dan suami ini mendapat tentangan hebat dari ibu saya.Mungkin saya merupakan anak harapan beliau dan keputusan yang saya ambil ini amat mengecewakannya.Lama juga saya terpaksa memahamkan ibu saya , itupun melalui orang tengah iaitu abang dan kakak ipar saya.Sehingga hari ini pun ibu saya masih sukar untuk menerima keputusan saya.Maafkan saya mak...
Saya terpaksa mengecewakan ibu untuk masa depan anak-anak saya yang semakin membesar dan juga untuk keharmonian rumahtangga saya.Setiap hari saya mendoakan supaya ibu saya dapat menerima keputusan saya ini .

Alhamdulillah akhirnya saya bersama dengan anak-anak saya setiap masa.Setiap hari dapat melihat mereka membesar dihadapan mata saya merupakan satu anugerah yang terlalu berharga buat saya.Dapat menyediakan makanan untuk mereka dan adakalanya bergaduh didapur untuk memasak kuih dan kek merupakan satu detik yang yang saya sia-siakan selama enam tahun .
Begitu indah detik itu...

Tetapi saya terasa sedikit kekosongan dalam hati.Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang dan pada masa yang sama dapat mendatangkan pendapatan .Bermula dengan penjualan kerongsang , tudung , cadar dan bermacam macam lagi..tetapi tidak seindah yang disangka.Rupanya tanpa ilmu , mentor dan sistem , apa-apa perniagaan pun tidak akan berjaya.Dan akhirnya saya bertemu dengan mentor di alam maya...In shaa allah dengan ilmu dan sistem yang mentor saya ini ada dapat membantu saya menceburi perniagaan online dengan lebih teratur dan sistematik.

Saya rasa cukup setakat ini dahulu coretan pengenalan saya..in shaa allah semoga bertemu di lain coretan.

Wassalam
.

No comments:

Post a Comment