Wednesday, 15 January 2014

Perkhidmatan kepada pelanggan - Menuntut kesabaran

Assalamualaikum

Bertemu lagi di ruangan blog saya ni
Maklumlah baru mengenali dunia blogger ni so agak excited sikit la kan.
Kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman bertugas di kaunter servis di bank. Memang glamer orang yang kerja kat kaunter servis ni. Tapi kalau tak kuat semangat mahu letak jawatan 24 jam. Nak tahu kenapa?

"Customer is always right". Inilah yang menjadi pegangan setiap staff yang bekerja di bahagian kaunter perkhidmatan.Setiap hari dari pukul 9.30 pagi hinggalah 4.30 petang (waktu operasi bank) kaunter ni memang sentiasa di kerumuni orang. Di situlah tempat orang bertanya, tempat orang ambil borang dan juga tempat orang melepaskan geram (inilah cabarannya). Kami yamg bertugas dikaunter ni masing masing tak sabar menunggu pukul 4.30 petang. Lambatnya masa berlalu setiap hari. Tambahan pula jika ada kes luahan perasaan oleh pelanggan pada hari tu. Mula la masing-masing dah buat muka tak ikhlas je ( tambahan kalau pelanggan marah kat orang lain tapi yang mengadap muka diorang marah orang lain).

Bekerja di kaunter perkhidmatan ini memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai segala jenis produk yang ditawarkan oleh bank.Jika tak tahu alamatnya kena la dengar syarahan dari pelanggan yang terlebih bijak pandainya.

Muka kena sentiasa tersenyum walaupun senyum pahit.Jika tidak kena komplen la anda dari pelanggan.Penampilan kena sentiasa kemas dan paling penting bersedia sentiasa menghadapi pelbagai kemungkinan.

Setakat ini dulu yang dapatkan saya kongsikan.
Semoga berjumpa di lain coretan.
Bai..



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete