Assalamualaikum
Bertemu lagi di ruangan blog saya ni
Maklumlah baru mengenali dunia blogger ni so agak excited sikit la kan.
Kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman bertugas di kaunter servis di bank. Memang glamer orang yang kerja kat kaunter servis ni. Tapi kalau tak kuat semangat mahu letak jawatan 24 jam. Nak tahu kenapa?
"Customer is always right". Inilah yang menjadi pegangan setiap staff yang bekerja di bahagian kaunter perkhidmatan.Setiap hari dari pukul 9.30 pagi hinggalah 4.30 petang (waktu operasi bank) kaunter ni memang sentiasa di kerumuni orang. Di situlah tempat orang bertanya, tempat orang ambil borang dan juga tempat orang melepaskan geram (inilah cabarannya). Kami yamg bertugas dikaunter ni masing masing tak sabar menunggu pukul 4.30 petang. Lambatnya masa berlalu setiap hari. Tambahan pula jika ada kes luahan perasaan oleh pelanggan pada hari tu. Mula la masing-masing dah buat muka tak ikhlas je ( tambahan kalau pelanggan marah kat orang lain tapi yang mengadap muka diorang marah orang lain).
Bekerja di kaunter perkhidmatan ini memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai segala jenis produk yang ditawarkan oleh bank.Jika tak tahu alamatnya kena la dengar syarahan dari pelanggan yang terlebih bijak pandainya.
Muka kena sentiasa tersenyum walaupun senyum pahit.Jika tidak kena komplen la anda dari pelanggan.Penampilan kena sentiasa kemas dan paling penting bersedia sentiasa menghadapi pelbagai kemungkinan.
Setakat ini dulu yang dapatkan saya kongsikan.
Semoga berjumpa di lain coretan.
Bai..
Butik online noraini
Wednesday, 15 January 2014
Friday, 29 November 2013
Pertandingan mewarna
Assalamualaikum semua
Pagi ni excited bangun awal sebab nak bawak anak sulung saya ke pertandingan mewarna di mydin meru mall. Aktiviti di hari cuti sekolah. Tapi tak best sikit sebab kena pergi bawak anak sendiri. Ayahnya takder. Pergi outstation . So kena bersedia mental dan fizikal sebab nak kawal 3 orang anak ni sendirian.
Tapi nasib baik ada anak saudara temankan. Ok la jugak.
So sekarang ni nak kejutkan anak-anak untuk mandi dan sarapan sebelum pergi.
Doakan kejayaan anak saya yer, heheheh.
Nanti saya update balik. Mana tahu tuah anak saya dapat basikal hari ni.
Amin . Mama doakan yang terbaik untuk anak mama ni.
Ok then bertemu kembali nanti yer
Wassalam

Thursday, 28 November 2013
Pengalaman jaga anak bersunat
Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini genap 10 hari anak sulung saya , Fahmi bersunat. Dia bersunat pakai alat clamp. Macam -macam ragam dalam 10 hari ini. Ada orang kata kalau budak bersunat , 2-3 hari baik la kan. Memang la dah baik lukanya , tak sakit . Tapi ragam nya Allah saja yang tahu. Nasib baik la sepanjang 5 hari dia dalam pantang (hehehe, macam orang bersalin pulak ye), abahnya sentiasa ada disisi. Nasib baik la abahnya kerja sendiri. Boleh la boleh buat keje di rumah saja . Anak-anak buah je pergi site.
Kesian saya tengok anak saya ni. Almaklumlah pengalaman pertama menjaga anak bersunat. Pertama kali nak buang air kecil, memang menjerit kuat dia. Rasanya satu barisan rumah teres saya ni boleh dengar dia menangis menjerit kesakitan. Saya ni bukan jenis yang boleh tengok anak sakit. Abah nye la yang uruskan. Sampaikan dia fobia nak buang air kecil la. Hari kedua sekali je dia pergi tandas. Sampaila hari ke lima , dia cuma buang air kecil 2 kali je sehari. Itupun melalak jugak .
Hinggalah hari yang ketujuh, tiba masanya untuk buka alat clamp tu. Iye la takde pengalaman kan. Doktor kata suruh rendam dulu sebelum pergi klinik. Ingatkan rendam sekejap je. Lepas rendam dalam 10 minit kami pun bawalah ke klinik. Sampai saja kat sana barulah jururawat tu kata kena rendam 2 jam baru boleh bukak alat clamp tu. Jadi kami pun balik la kerumah ( nasib la dekat je , tak sampai 10 minit).
So kami pun apalagi, suruh si abang ni berendam dalam tab mandi baby . Kami letakkan tuala 3 helai , bawak tab mandi tu depan tv. Apalagi duduk la abangnya. Mula-mula dalam 15 minit tu ok lagi. Masuk setengah jam dia dah mula merengek . Penatlah , sejuklah dan macam- macam lagi lah merengeknya. Akhirnya terlajak sampai 3 jam, hehehehe . Kami bawaklah ke klinik semula. Akhirnya setelah menjerit sekuat hati (bukan sakit sebenarnya takut) , alat clamp tu pun telah dibuka . Alhamdulillah tiada pendarahan. Luka pun ok. Lepas tu saya pun cakap ngan anak saya " abang dah besar". Tersenyum kelat je dia, hehehe. Almaklumlah sakit pun tak hilang lagi mama dah buat lawak.
Itulah pengalaman berharga saya selama 10 hari ni. Lima tahun lagi adik nye pulak. Tapi rasanya dah ok sebab dah ada pengalaman. Tapi rasanya pakai laser kut . Dua kali sakit kalau pakai clamp ni.
Setakat ini coretan saya untuk hari ni.

Wednesday, 27 November 2013
Salam perkenalan
Teks : Noraini Maulan
Assalamualaikum
Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga saya mempunyai sebuah blog.Terlampau cetek rupanya ilmu IT yang saya ada.Tetapi akhirnya saya di ketemukan dengan tenaga pengajar yang saya yakin mampu membimbing saya walaupun pada mulanya mengambil masa yang agak lama atas sebab - sebab yang tertentu.
Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.Nama saya Noraini Maulan.Berasal dari ipoh perak.Saya merupakan seorang isteri kepada suami yang bekerja sebagai juruukur dimana sentiasa berada diluar daerah dan mama kepada tiga orang cahayamata yang sentiasa menjadikan kehidupan saya berwarna warni setiap hari.Fahmi , Farah dan Faris....itulah buah hati saya yang berusia 6, 5 dan satu tahun.Mereka inilah jiwa dan nyawa saya setiap hari .Dan kerana mereka inilah, saya telah membuat satu keputusan yang sangat berat untuk saya lakukan....Menjadi surirumah sepenuh masa....
Enam bulan yang lepas , ramai yang mengatakan saya bodoh.Meninggalkan pekerjaan yang cukup dibanggakan sebagai pegawai bank yang berpendapatan hampir 4 ribu sebulan.Hampir sembilan tahun bekerja dalam industri perbankan cukup mematangkan saya.Menghabiskan masa lebih kurang 12 jam dipejabat merupakan rutin harian saya setiap hari. Tetapi setelah berkahwin dan mempunyai cahayamata hati saya sering meronta-ronta.Perasaan simpati terhadap suami dan anak-anak yang sering dibiarkan membuatkan hati saya kecewa.Sampai bila saya harus membiarkan anak-anak saya membesar di taska.Dan akhirnya satu hari saya tersentak dengan permintaan anak sulung saya Fahmi.
"Mama, hari ni boleh tak mama ambil abang awal ? Hari hari asyik abang dan adik je yang balik lambat."
Terdiam saya sebentar.Rupanya selama ini mereka memendam rasa rupanya.Iyelah dari pukul 8 pagi hingga 8 malam duduk ditaska.Dan akhirnya setelah berbincang dengan suami satu keputusan drastik telah pun diambil.Berhenti kerja...
Rupanya keputusan saya dan suami ini mendapat tentangan hebat dari ibu saya.Mungkin saya merupakan anak harapan beliau dan keputusan yang saya ambil ini amat mengecewakannya.Lama juga saya terpaksa memahamkan ibu saya , itupun melalui orang tengah iaitu abang dan kakak ipar saya.Sehingga hari ini pun ibu saya masih sukar untuk menerima keputusan saya.Maafkan saya mak...
Saya terpaksa mengecewakan ibu untuk masa depan anak-anak saya yang semakin membesar dan juga untuk keharmonian rumahtangga saya.Setiap hari saya mendoakan supaya ibu saya dapat menerima keputusan saya ini .
Alhamdulillah akhirnya saya bersama dengan anak-anak saya setiap masa.Setiap hari dapat melihat mereka membesar dihadapan mata saya merupakan satu anugerah yang terlalu berharga buat saya.Dapat menyediakan makanan untuk mereka dan adakalanya bergaduh didapur untuk memasak kuih dan kek merupakan satu detik yang yang saya sia-siakan selama enam tahun .
Begitu indah detik itu...
Tetapi saya terasa sedikit kekosongan dalam hati.Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang dan pada masa yang sama dapat mendatangkan pendapatan .Bermula dengan penjualan kerongsang , tudung , cadar dan bermacam macam lagi..tetapi tidak seindah yang disangka.Rupanya tanpa ilmu , mentor dan sistem , apa-apa perniagaan pun tidak akan berjaya.Dan akhirnya saya bertemu dengan mentor di alam maya...In shaa allah dengan ilmu dan sistem yang mentor saya ini ada dapat membantu saya menceburi perniagaan online dengan lebih teratur dan sistematik.
Saya rasa cukup setakat ini dahulu coretan pengenalan saya..in shaa allah semoga bertemu di lain coretan.

.
Subscribe to:
Posts (Atom)