Thursday 28 November 2013

Pengalaman jaga anak bersunat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini genap 10 hari anak sulung saya , Fahmi bersunat. Dia bersunat pakai alat clamp. Macam -macam ragam dalam 10 hari ini. Ada orang kata kalau budak bersunat , 2-3 hari baik la kan. Memang la dah baik lukanya , tak sakit . Tapi ragam nya Allah saja yang tahu. Nasib baik la sepanjang 5 hari dia dalam pantang (hehehe, macam orang bersalin pulak ye), abahnya sentiasa ada disisi. Nasib baik la abahnya kerja sendiri. Boleh la boleh buat keje di rumah saja . Anak-anak buah je pergi site.

Kesian saya tengok anak saya ni. Almaklumlah pengalaman pertama menjaga anak bersunat. Pertama kali nak buang air kecil, memang menjerit kuat dia. Rasanya satu barisan rumah teres saya ni boleh dengar dia menangis menjerit kesakitan. Saya ni bukan jenis yang boleh tengok anak sakit. Abah nye la yang uruskan. Sampaikan dia fobia nak buang air kecil la. Hari kedua sekali je dia pergi tandas. Sampaila hari ke lima , dia cuma buang air kecil 2 kali je sehari. Itupun melalak jugak .

Hinggalah hari yang ketujuh, tiba masanya untuk buka alat clamp tu. Iye la takde pengalaman kan. Doktor kata suruh rendam dulu sebelum pergi klinik. Ingatkan rendam sekejap je. Lepas rendam dalam 10 minit kami pun bawalah ke klinik. Sampai saja kat sana barulah jururawat tu kata kena rendam 2 jam baru boleh bukak alat clamp tu. Jadi kami pun balik la kerumah ( nasib la dekat je , tak sampai 10 minit).
So kami pun apalagi, suruh si abang ni berendam dalam tab mandi baby . Kami letakkan tuala 3 helai , bawak tab mandi tu depan tv. Apalagi duduk la abangnya. Mula-mula dalam 15 minit tu ok lagi. Masuk setengah jam dia dah mula merengek . Penatlah , sejuklah dan macam- macam lagi lah merengeknya. Akhirnya terlajak sampai 3 jam, hehehehe . Kami bawaklah ke klinik semula. Akhirnya setelah menjerit sekuat hati (bukan sakit sebenarnya takut) , alat clamp tu pun telah dibuka . Alhamdulillah tiada pendarahan. Luka pun ok. Lepas tu saya pun cakap ngan anak saya " abang dah besar". Tersenyum kelat je dia, hehehe. Almaklumlah sakit pun tak hilang lagi mama dah buat lawak.

Itulah  pengalaman berharga saya selama 10 hari ni. Lima tahun lagi adik nye pulak. Tapi rasanya dah ok sebab dah ada pengalaman. Tapi rasanya pakai laser kut . Dua kali sakit kalau pakai clamp ni.

Setakat ini coretan saya untuk hari ni.

Wassalam

No comments:

Post a Comment